Kelas Reka Penanda Buku Anda

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Mac 2024, Pihak pengurusan NaDi Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Reka Penanda Buku Anda selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan pelajar cara-cara mereka penanda buku mereka sendiri dengan menggunakan Canva. Pelajar juga telah diberikan kebebasan dalam memilih design dan tulisan yang mereka inginkan. Setelah siap membuat draf, staf NaDi telah memberi tunjuk ajar kepada mereka cara-cara memuat turun draf yang telah dihasilkan untuk proses seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali